Friday, November 25, 2011

Petua

Petua Dulu Kala

PETUA NENEK MOYANG
Batuk ... campurkan perahan limau nipis dan madu, kemudian minum, ulangi beberapa kali sehingga batuk berkurangan.
Melecur atau luka kecil ... sapukan madu
Sesak nafas atau lelah ... campurkan air perahan lobak puith yang di parut dengan madu, kemudian minum, ulangi beberapa kali.
Tenaga batin .... campurkan 1 sudu madu dengan 3 biji lada hitam, tumbuk seulas bawang putih dan sebiji kuning telur ayam kampung, gaulkan dan minum di malam hari (wowwww   ..jangan  selalu)
Mengandung ....  camurkan  1 sudu teh madu degan segelas air dan minum dua kali sehari, InsyaAllah punya anak yang pintar dan sihat
Mengelak anak mengatuk di sekolah ... campurkan 1 sudu teh madu dalam minuman anak-anak sebelum  kesekolah InsyaAllah cergas dan pintar.
 Santan tidak berbau …..masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama
Susu kilatkan daun hijau …..Untuk mudah membersihkan habuk daripadadaun hijau juga untuk mengilatkan daun, Tuang susu itu di atas span lembut dan lap pada daun hijau tadi. Hasilnya daun nampak berkilat dan bertambah hijau
Petua kempiskan perut…..Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...
Mengatasi kelemumur……Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
 Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar……Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.
 Tumit Pecah-Pecah….. sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.
 Mata Anak bersinar…..Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.
 Mengelak Bekas Cengkering…..Kanak-kanak yang terkena cengkering akan mengalami kegatalan dan meninggalkan kesan bertompok-tompok diseluruh badan dan muka. Untuk mengelakkannya ambil secekak akar daun lalang, bersihkan tanah dan pasir yang melekat kemudian rebus di dalam periuk besar hingga mendidih. Setelah suam, barulah dibuat mandi seluruhan badan,lakukan ketika cengkering hampir kering.
 Membunuh Lipas….Untuk membunuh lipas dan tidak membiarkan ia membiak, ikut beberapa petua ini. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Insya-Allah lipas akan mati,Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak. Kalau terlalu banyak , bolehlah sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik    dan gaul.Buat seperti pergedel dan letak di tempat banyak lipas. Lihat kesannya nanti.
 Mewangikan Rambut….Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
 Kilatkan Cermin Mata….Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersihatau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.
 Jemput-Jemput Menjadi Lembut…Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.
 Elakkan Kelemumur….Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.
 Mencuci Barangan Perak….Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.
Segarkan Taugeh….Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.
 Limau Nipis Cantikkan Badan….Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkansemalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.
 Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong… Ambil sebiji limau nipis &kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang.
 Hilangkan Bau Kaki…Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis,potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.
 Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian… Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersamaair rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.

No comments:

Post a Comment